Resipi Chicken Chop Homestyle
Ramuan:
2 keping peha ayam, dipotong dan dikerat ala chicken chop
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos kicap hitam
1 sudu besar minyak
1 paket kecil cendawan tiram besar
1 biji bawang kuning besar
¼ kobis bunga
Lada dan rosmari (tidak wajib)
*Cendawan dan kobis bunga boleh digantikan dengan bahan lain: lobak merah, bawang perai, capsicum, dan tomato turut sesuai
Cara:
1. Perapkan ayam dengan sos tiram, sos kicap hitam, dan lada. Anda juga boleh tambahkan rosmari mengikut kesukaan anda. Biarkan perapan ini selama 15-20 minit.
2. Panaskan kuali leper dan gorengkan ayam dengan sedikit minyak untuk selama satu ataupun dua minit bagi setiap permukaan.
3. Masukkan cendawan-cendawan dan sayur-sayuran bersebelahan dengan ayam dan masukkan kesemuanya ke dalam ketuhar yang telah ditetapkan pada suhu 175°C.
4. Bakar selama 20 minit, dan keluarkan dari ketuhar. Taburkan sedikit garam ke atas sayur-sayuran. Hidangkan bila masih panas.